Tuesday, July 24, 2018

Forex Untuk Semua

Assalamualaikum..salam sejahtera..
Forex  forex  forex ...kini kat mana2 pun ramai yg bercerita pasal forex. Forex halal forex haram forex harus..forex tipu forex scam..!!
Kalau dulu dikedai kopi ..kedai tomyam ..lepak kat Mek D atau kat mana2 pun kita tngok ramai yg bawak laptop semua duk pakat layan MLM atau skim pelaburan cepat kayap..
Hari ini senario dah berubah. sana sini cerita forex..forex dan forex. Kat facebook , twiter ,wassap sana sini duk bercerita buat duit ribu2 ..ratus ribu..juta2 dengan forex.. Khayalan...kenyataan atau sekadar tunjuk lagak cari perhatian.. yang nyata Forex semakin jadi kegilaan utk para natizen sebagai sumber pendapatan tambahan atau sepenuh masa. Yang pasti ramai yg merana dan ramai juga yg hidup bergaya kaya raya kerana Forex. Paling ramai yang syok sendiri .

FOREX BUKAN UNTUK SEMUA. Pada saya momokan " HANYA 10% TRADER BERTAHAN DALAM FOREX  & 5% BERJAYA DAN KAYA ..."  sehingga kini ianya adalah satu fakta. Setelah lebih 10 tahun bergaul dengan komuniti forex dan 2018 tahun ke 7 sebagai IB Fx Citizen statistik dan data yg saya lihat depan mata ...kata2  itu adalah benar..sangat benar.. hampir setiap hari dan setiap minggu majoriti yg buat withdrawal adalah nama2 yg sama. Semua orang boleh trade forex ..tapi FOREX BUKAN UNTUK SEMUA . FOREX HANYA UTK YG SANGGUP CARI ILMU DAN BELAJAR TANPA HENTI.

Saya mula kenal apa itu forex sekitar penghujung tahun 90an. 1997 zaman ekonomi kita berada pada tahap tenat. Saya tutup buku kerjaya di BSKL selepas 7 tahun sebagai remisier dan mula ikut kawan2 cari alternatif lain. Masa ni nak belajar forex kena ada modal ribu ribu.. Kawan saya pernah join kelas forex tahun 2000 di KL dengan yuran rm3500 utk 1 hari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.. Yang mengajar mat Salleh dari Australia.  Pergghhh... habis rm4k  skali ngan bilik hotel dan minyak satu habuk pun x paham.. mat salleh tu cuma ajar cara guna terminal ..jenis2 chart dan 1 jam pertama duk crita dia kaya raya dngan forex.
Saya pilih utk belajar sendiri..kaji kaji dan kaji..baca apa saja bahan ada masa tu.. join forum online..webinar dan berbelas broker kat luar negara saya register menyamar buka acc semata2 utk join seminar dan kelas online. Memang makan tahun jugak lah..sehingga awal 2011 baru saya buat keputusan jadikan forex sebagai kerjaya sepenuh masa.